Monday, 17 October 2011

libasan harimau

Dulu...pada tahun 1950an,pasukan Malaysia adalah pasukan yang paling digeruni di seluruh dunia dalam acara sepak takraw.Tiada yang dapat menandingi kehebatan pasukan Malaysia.

percintaan yang tidak kesampaian........

"percintaan....???..kenapa berlakunya percintaan....????"itu yang bermain di fikiran seseorang yang bernama Ramly kerana cintanya yang suci tidak kesampaian....ceritanya bermula di sini...

Pada suatu hari......Ramly kelihatan sungguh gembira apabila menerima surat tawaran dari luar negara untuk melanjutkan pelajaran.Kehidupan Ramly pada masa itu serba kekurangan.Ibunya bernama hamidah dan bapanya pula bernama rosli.mereka berdua hanya bekerja sebagai nelayan.Apabila Ramly menyampaikan berita itu kepada ibu bapanya,mereka berdua sangat gembira.ibunya menangis kegembiraan..Tetapi pada malam itu Ramly merenung dan berfikir tentang surat tawaran itu....."aku rasa aku menyusahkan  ibu bapaku....."ini kerana kehidupan Ramly sekeluarga sangat susah.....pada keesokan harinya..Ramly bertanyakan kepada ibu bapanya.Tetapi bapanya menyuruh Ramly sambung belajar."Ayah ada sedikit duit simpanan..,cukup untuk kau pergi balajar...."kata bapanya.Ramly akan berlepas pada keesokan harinya.pada petang itu juga...Ramly telah berjumpa dengan kawannya iaitu Intan.Apabila Ramly menyampaikan berita itu kepada Intan...Intan berasa sedih kerana tanpa pengetahuan Ramly,Intan sangat sayang kepada Ramly.